Pada 07.01.1978, Terowong Genting Sempah di Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur telah dibuka secara rasminya.
Terowong Genting Sempah ini merupakan terowong jalan raya yang pertama dibina di Malaysia.
Terowong ini adalah sepanjang 900 meter dan dibina bertujuan menghubungkan negeri Pahang dengan Selangor @ Kuala Lumpur. Tempoh pembinaan Terowong ini mengambil masa selama 2 tahun.
Sejurus selepas siap dibina, terowong ini dibuka secara rasminya pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh bekas Menteri Kerja Raya dan Komunikasi pada ketika itu iaitu Dato Abdul Ghani Gilong.
Terowong ini juga pernah dinobatkan sebagai terowong jalan raya yang paling panjang di Malaysia sebelum kedudukan tersebut dirampas oleh terowong SMART yang sepanjang 4 kilometer.
Pada awalnya, terowong ini dibina sebagai terowong tunggal dengan dua lorong sahaja. Pada tahun 1995, terowong tersebut telah dinaik taraf dari terowong tunggal dengan dua lorong kepada terowong berkembar dengan empat lorong.
Proses naik taraf terowong ini akhirnya siap dibina pada tahun 1997 dan telah memudahkan rakyat yang melalui jalan tersebut.
Sumber:AdieyraAlmyErdieyanaEllyArdieyana.
No comments:
Post a Comment