SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

29 January, 2022

Tahun Lompat

 APA ITU TAHUN LOMPAT                                                               ■■■■■■■■■■■■■■                                                       .

Fakta tahun Lompat :                                                              

    Tahun lompat atau leap year ialah tahun yang pada bulan Februari ada 29 hari. Kebiasaannya, 28 hari sahaja dan berlaku setiap 4 tahun sekali. Makanya, bilangan hari pada tahun lompat ini adalah sebanyak 366  hari berbanding 365 hari pada tahun biasa

     Antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat akan berkongsi hari yang sama bagi setiap tarikh yang berulang hanya sekali selama 28 tahun. Tahun yang terdekat,iaitu bulan Februari mengandungi lima kali hari Jumaat adalah pada tahun 1980 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada tahun 2036.

   Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti yang kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah anda bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 februari. Kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.

    Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 Februari pada tahun lompat, selalunya dia akan menyambut hari kelahirannya pada 28 Februari ataupun pada 1 Mac pada tahun biasa. Ini keistimewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 Februari.

No comments:

Post a Comment