Onagadori, atau bermaksud ‘ayam yang berekor panjang’ merupakan ayam Jepun yang unik kerana mempunyai ekor yang sangat panjang.
Dipercayai haiwan ini wujud sejak abad ke-16. Ayam ini dikatakan berasal dari wilayah Kōchi, di Pulau Shikoku, Jepun. Ayam ini merupakan salah satu keturunan baka Phoenix Jerman dan disenaraikan sebagai Japanese National Natural Treasure pada tahun 1952.
Ekor onagadori sangat panjang, iaitu boleh mencecah sehingga 1.5m, dan ada yang sampai 12m panjang. Ayam ini asalnya berwarna hitam, dan ayam yang berwarna lain terhasil dari proses kacukan (cross-breeding).
Pada tahun 2007, onagadori dilabelkan sebagai spesis terancam oleh FAO.
Sumber: Zunita Ramli
No comments:
Post a Comment