SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

21 February, 2023

Yang Tersurat dan Yang Tersirat

Tak nak belajar?

Jadi tiktoker pun boleh kaya?

Jadi youtuber pun masyuk?

Mari kita kaji kebenarannya...

 


 Hakikatnya, hanya 0.01% Youtubers yang boleh dapat income macam ini. Kalau beroperasi sebagai kompeni, kena ada sekurang-kurangnya 7 video seminggu dan purata views tiga ratus ribu ke atas per video.

 Yang sebenarnya purata  income Youtubers di bawah paras kemiskinan. Apabila ekonomi merosot, syarikat akan mengurangkan iklan, RPM jatuh, CPM jatuh, jadi pendapatan Youtubers secara tidak langsung akan berkurang. Tahun ini semuanya jatuh mendadak. CEO Youtube, Susan Wojcicki pun pening kepala, sampai letak jawatan.

  Nak menghasilkan satu video pun memerlukan 3-4 hari, research resepi, masak dan shooting, voice over dan editing, final editing, render & upload, semua ini nak kena upah/gaji orang, kalau buat sendiri memang tergolek dog. Semua ini kos. Hidup tak ada life, Sabtu & Ahad kalau tak kerja, video tak siap. Bak kata Syahmi Shazli 24 jam memikirkan content, Mr Beast pun tidur di office saja.

   Pendapatan sebagai blogger, portal pun jatuh mendadak tahun ini,  2.2 juta page views di https://resepichenom.com. Income cuma dalam RM 2500, jadi nak  bayar server dan admin pun tak lepas. Tak pasti macam mana news portal dan blogger lain survive tahun ini, harap-harap ada income lain selain Adsense.

    Kalau ada yang bercita-cita nak jadi Youtubers itu, fikir baik-baik. Yang sering diwara-warakan itu hanyalah yang berjaya. Namun hakikatnya, ramai yang tak berjaya. Youtubers masakan pun ramai yang sudah menghilang, peluang nak berjaya itu sangat rendah. Kalau tidak ada kesungguhan dan minat yang sangat mendalam up to level obsession, carilah kerjaya lain yang lebih menjamin masa depan, ada medical, KWSP untuk bekalan hari tua dan ada kemudahan lain seperti cuti tahunan dan cuti sakit.

 

Kredit: Che Nom

 

16 February, 2023

Undang di Negeri Sembilan

 

     Undang ialah gelaran Pembesar Memerintah bagi Negeri Sembilan. Undang bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Besar Tampin didefinisikan sebagai Raja bagi Negeri Sembilan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

  Kedudukan dan keistimewaan Undang selaku Raja diiktiraf dalam Perkara 71, Perkara 160 dan Perkara 181  Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perkara 28 dan Perkara 34 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. 

 Negeri Sembilan mempunyai empat Undang yang mengetuai empat wilayah atau luak utama di negeri itu. Mereka ialah Undang Sungei Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau, dikenali sebagai Undang Yang Empat. 

    Peranan paling utama Undang Yang Empat ialah memilih dan menabal Yang di-Pertuan Besar mengikut Perkara 7 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. 

    Peranan utama lain bagi Undang adalah mempunyai kuasa persetujuan berhubung:-

➡️pelantikan Menteri Besar,

➡️menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri,

➡️pengurniaan darjah kebesaran negeri,

➡️Hal ehwal agama Islam dan adat Melayu,

➡️kedudukan tanah adat dan rizab Melayu,

kedudukan istimewa Bumiputera dan kepentingan sah kaum lain dan,

➡️Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

  Undang 4 Negeri Sembilan iaitu :

Secara tradisinya, Undang adalah Raja Melayu dalam jajahannya yang dikenali sebagai luak atau luhak. Pemilihan dan pelantikan Undang dilakukan oleh oleh Dato'-Dato' Lembaga di dalam sesebuah luak itu mengikut adat yang diamalkannya. 


Y.T.M. DATO' LELA MAHARAJA

DATO' HAJI MUHAMAD SHARIP BIN HAJI OTHMAN

UNDANG LUAK REMBAU


Y.T.M. DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN

DATO' MUHAMMAD BIN HJ. ABDULLAH

UNDANG LUAK JOHOL

Y.T.M. DATO' KLANA PETRA

DATO' HAJI MUBARAK BIN DOHAK UNDANG LUAK SG. UJONG


YTM DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRULZAMAN DATO' HAJI MAAROF BIN HAJI MAT RASHAD

UNDANG LUAK JELEBU

15 February, 2023

Perlawanan persahabatan bola jaring tingkatan 1 SMK Panchor dengan SK Panchor



01 February, 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2023

 



  SERAHAN WANG KEPADA GURU KELAS




KEDATANGAN IBU BAPA




        SERAHAN KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA