SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

31 July, 2022

Amalan Baik

Kita tidak akan tahu kebaikan mana yang kita lakukan akan diterima Allah.

Jadi, janganlah berkira-kira untuk melakukan kebaikan walau sekecil mana pun kebaikan itu.

Jika kita berasa kecil sesuatu amalan itu, boleh jadi itulah yang akan membantu kita di akhirat kelak.


Kredit: Suhaimi Samad

Amalan Untuk Wanita Akhir Zaman

 


Sabda Nabi Muhammad SAW
Malu itu sebahagian daripada iman



29 July, 2022

Tahun Baru Hijrah

 


Bahana Backlip


 Akibat backflip, remaja ini hilang segalanya. 

Seorang remaja keluar ke pusat rekreasi air terjun bersama rakan-rakan semasa cuti hujung minggu. Remaja ini ingin melakukan aksi backflip sewaktu terjun ke dalam sungai. 

Selepas remaja tersebut terjun, badannya terapung tidak bergerak sambil muka menghadap dalam air. Kawannya sangka remaja tersebut bergurau. Rupanya remaja tersebut pengsan. 

Apabila sedar, remaja tersebut telah berada di hospital. Tangan dan kaki tidak mampu bergerak. Remaja tersebut lumpuh paras leher ke bawah. Beliau mengalami patah tengkuk. 

Selepas operation, remaja ini mula boleh menggerakkan tangannya. Namun ia tidak kuat dan terkulai. Keadaan ini kekal seumur hidup.

Ramai remaja yang melakukan backflip. Terbaru viral remaja-remaja pulang “ke kampung” melakukan aksi lompatan yang menarik. Hati-hati. Kes ini berlaku pada atlit sukan juga. 

Elakkan daripada melakukan backflip. Banyak lagi aktiviti sukan dan riadah yang lebih selamat.

Majlis Penutupan Pertandingan Bola Sepak MSSD Seremban

 Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih  diucapkan kepada  barisan pengurusan, JK pelaksana kejohanan bola sepak MSSD, guru-guru yang terlibat , guru pembimbing dan pasukan bola sepak SMKP serta AKP yang banyak membantu sepanjang kejohanan bola sepak ini berlangsung. Kejayaan SMKP sebagai pengelola adalah atas usaha dan sokongan semua pihak. 

Tahniah para pemain yang menduduki tempat ketiga. Anda hebat!













25 July, 2022

Kursus Pengurusan Jenazah Tingkatan 3

 Di bawah kendalian Panitia Pendidikan Islam







Taklimat PBS Tingkatan 1

 Dikendalikan oleh Encik Rosni Hj Pilus, PK Pentadbiran




Bengkel Sejarah SPM

 Di bawah kendalian Cikgu Karim dan Cikgu Nurul Surya








22 July, 2022

Tazkirah Pagi Jumaat- Berhati-Hati Dengan Kencingmu

 




Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Peringkat NS

Peserta: Thuraiya Ulfah binti Ibrahim

Sajak:Pada Tanah Yang Indah

Karya:A Samad Said


Semoga beroleh kemenangan





21 July, 2022

Anugerah APC 2021

 Tahniah diucapkan kepada penerima APC

1. En. Aris

2. En Noor Azlan

3. Puan Mulyati

4. Puan Nur Hana

5. Puan Hasmah

6. Puan Nor Ashila

Semoga terus cemerlang.











Keputusan Takraw MSSD Seremban

 Alhamdulillah.. Berkat kehebatan dan kesungguhan anak-anak Panchor. Johan Bawah 18 dan Naib Johan Bawah 15 Sepak Takraw MSSD SEREMBAN. Tahniah diucapkan kepada pemain dan jurulatihnya.





Bengkel Pemantapan BM Kertas 2 SPM

 










19 July, 2022

Ziarah Cakna

 Sumbangan dari warga sekolah berjumlah RM700 telah diserahkan kepada ibu Awal Iskandar Haqim 1 Barakah.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah yang dermawan dan sangat prihatin.



Pergerakan Pengakap SMK Panchor

 

Penyertaan ahli pengakap di peringkat kebangsaan. Syabas diucapkan