SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

30 November, 2020

Kertas

 


SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MENCIPTA KERTAS?


      Cai Lun atau T'sai Lun ialah pencipta kertas berbangsa Cina yang hidup pada zaman Dinasti Han (abad ke-1 hingga abad ke-2). Beliau dilahirkan di Guiyang (sekarang di wilayah Hunan), dan nama penuhnya ialah Cai Jingzhong.

     Dia membuat kertas dari kulit kayu pokok. Bahagian dalamnya direndam dalam air dan dipukul-pukul sehingga seratnya terkeluar. Bersama dengan kulit, direndam juga bahan rami, kain bekas, dan jala ikan. Setelah menjadi tesktur seperti bubur, bahan ini ditekan hingga menjadi sangat nipis, kemudian dijemur. Lalu jadilah kertas tetapi kurang mutunya berbanding sekarang.

     Tidak banyak catatan tentang Cai Lun. Dia ialah seorang pegawai negara dalam bahagian pengadilan kemaharajaan. Pada tahun 105 Masihi, dia mempersembahkan contoh kertas pada Maharaja Han Hedi. Kononnya, dikatakan maharaja amat girang atas penemuan Cai Lun, dan Cai Lun pun telah dinaikkan pangkat. Namun beliau telah terlibat dalam komplot antiistana yang membuatnya ditendang keluar dari kerajaan. 


Sumber : Wikipedia

29 November, 2020

Hebatnya Bomba Malaysia

Penyuntik semangat buat Kadet Bomba SMK Panchor.




Pemilihan Tokoh Nilam & Resensi Buku


 Panduan membuat ulasan buku dalam bentuk video


28 November, 2020

Deklamasi Sang Juara

Johan E Deklamasi Sajak Kemerdekaan Program Adni Peringkat Kebangsaan, dari Kedah.



 

26 November, 2020

18 November, 2020

5 Sikap Yang Perlu Ada Pada Seorang Pembaca Buku

 

 5 sikap itu ialah

1. SIKAP SABAR: Kesabaran diperlukan sewaktu membaca kerana apabila tergesa-gesa dalam "memaknai" suatu gagasan boleh jadi kesimpulan pulanya salah.

2. SIKAP TELITI: Ketelitian memungut makna yang tersebar di sepanjang halaman buku dan kemudian mengumpulkan dan menghimpunkannya amat diperlukan kerana kalau tidak teliti akan banyak gagasan yang "menguap" dan "bersembunyi" kembali.

3. SIKAP TEKUN: Ketekunan diperlukan untuk membantu kita menyisir himpunan kata, kalimat, bab dan bahagian demi bahagian yang menyimpan gagasan pokok dan penting untuk diperhatikan.

4. SIKAP GIGIH: Kegigihan akan mendorong anda agar tidak sekali membaca dan kemudian sesudah itu "mati", dalam erti kata terpaksa perlu mengulangi pembacaan hingga lebih daripada sekali.

5. SIKAP BERSUNGGU-SUNGGUH: Kesungguhan dalam menemukan makna, memahami maksud penulis, dan mengajak fikiran anda menyoroti hal menarik dan penting yang disampaikan oleh seorang penulis akan memghadirkan manfaat yang tidak terduga (fikiran anda akan menemukan sesuatu yang baru dan segar).


Tips Membaca Buku

 Perkongsian Mohd Helmi Ahmad 

1. Pilihlah buku mengikut bidang dan genre yang kita suka. Jika tersalah buku, buku tersebut tidak seronok untuk dibaca. 

2. Apakah tujuan membaca buku? Letakkan tujuan kita membaca sama ada untuk mengetahui isi/pemikiran/pengajaran yang hendak disampaikan oleh penulis atau tujuan lain. 

3. Berapakah jumlah buku dibaca dalam tempoh setahun, sebulan, atau seminggu. Letakkan sasaran jumlah buku yang hendak dibaca sebagai panduan

4. Bilakah masa  membaca? . Ada kala waktu pagi, tengah hari, petang atau malam. Namun, waktu yang sesuai untuk membaca adalah pada waktu  tidak penat atau letih. Tak usah membebankan diri dengan meletakkan dua atau tiga jam sehari untuk membaca. Kalau kita dapat membaca 30 minit atau satu jam pun sudah cukup. 

5. Adakah ketebalan buku mempengaruhi suasana membaca? Bagi pembaca yang mula membaca buku, pilihlah buku yang nipis dahulu. Buku yang nipis akan lebih cepat dihabiskan berbanding buku tebal. Hal ini yang demikian dapat membina keyakinan dan keterujaan kita untuk membaca buku lain pula. Jangan lupa buat penandaan dengan penanda buku pada halaman terakhir yang dibaca agar kita tidak lupa. 

6. Tidak dinafikan kita akan teruja untuk membaca buku baharu yang baru dibeli. Akhirnya, buku lama tidak selesai dibaca. Cara mengatasinya, tetapkan selagi buku yang sedang dibaca belum selesai, jangan mulakan buku baharu. Hal ini penting untuk mengelakkan buku yang sedang dibaca, ditinggalkan tanpa sempat disudahkan. 

7. Boleh atau tidak membaca beberapa buah buku dalam waktu yang sama. Kita boleh membaca beberapa buah buku dalam waktu yang sama jika buku yang sedang dibaca kurang menarik dan subjek buku tersebut sedikit berat. Cara untuk menghilangkan kebosanan dan merehatkan minda, baca buku lain. Kemudian,  sambung semula membaca buku sebelum ini. Jika ditinggalkan terus, tidak mustahil buku tersebut tidak akan dibaca lagi. 

8. Kalau nak cepat membaca, selak halaman awal, tengah dan akhir cukuplah. 

9. Letakkan buku di tempat yang mudah dilihat dan dicapai oleh tangan seperti di ruang tamu dan tempat rehat. Apabila ada masa terluang, ambil buku tersebut untuk dibelek dan diselak halamannya dan akhirnya terbaca juga satu atau dua halaman

10. Letakkan telefon pintar jauh sewaktu membaca buku. Tutup capaian Internet agar tidak ada notifikasi WhatsApp atau Facebook yang masuk dan mengganggu tempo pembacaan. Jika telefon berada berhampiran, akan menyebabkan keinginan untuk membelek telefon pintar lebih tinggi berbanding menyelak halaman buku. 

Pembacaan  bergantung kepada kesediaan, kemampuan dan kesesuaian diri masing-masing. Membaca buku juga bukanlah satu sayembara siapa yang paling banyak dan siapa cepat habis, tetapi sejauh mana kita memanfaatkan ilmu yang diperoleh daripada hasil pembacaan itu. 


5 Cara Memanfaatkan Buku Yang Dibaca

  

Dipetik daripada SYFE Management

1. Biasakan membaca buku sampai habis 

Kebanyakan kita, hanya membaca sebahagian sahaja buku. Apabila mula bosan, buku tidak dibaca secara keseluruhan. Maka, apa yang ingin disampaikan oleh penulis tidak dapat difahami secara menyeluruh. Akibat membaca buku tidak habis, maka banyak berlakunya kesalahfahaman terhadap isi yang ingin disampaikan oleh penulis. 


2. Catat intisari buku yang dibaca ✍️

Catatan sangat membantu untuk meningkatkan daya ingatan terhadap pembacaan dan menambahkan ilmu. Kemudian, anda boleh menulis ulasan terhadap buku yang ada baca itu di media sosial. Ini sekaligus dapat membantu para pembaca lain dan juga meningkatkan personal branding diri anda. 


3. Ulas semula buku 

Tidak semua para ulat buku mahu mengulas buku yang dibaca. Mengulas buku banyak manfaatnya. Pertama ialah, dapat meningkatkan daya ingatan dan kefahaman terhadap buku yang dibaca. Kedua, anda dapat membantu ramai pembaca mengetahui sedikit tentang buku itu sebelum membeli dan membacanya. 


4. Bincangkan buku yang telah dibaca 

Dengan membincangkan tentang sesebuah buku, anda akan dapat banyak ilmu dan pengetahuan tambahan dari pembaca lain. Ini juga dapat melatih diri anda untuk menerima pandangan orang lain dan sekaligus dapat mengasah bakat anda dalam ucapan awam. 


5. Sampaikan ilmu dari pembacaan anda 

Apabila anda menyampaikan ilmu dari pembacaan anda, ilmu yang disampaikan itu tidak berkurang walau sedikit pun. Malah, anda akan semakin faham tentang ilmu tersebut. Dengan menyampaikan ilmu juga akan menjadikan anda sentiasa haus untuk membaca lebih banyak lagi buku. 

Banyak manfaatnya bukan melalui aktiviti membaca ni? Jom kita mulakan membaca buku sekarang! Jadilah bangsa yang gemar membaca kerana Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.

16 November, 2020

Cerpen Interaktif

Cerpen ini ada sedikit kelainan dari segi persembahannya. Mari kita baca...

Lagu KitKitKit 

Cabar Minda Anda


 Berita baik bagi pembaca setia Program 10 hari 10 cerita dari Ting.1 & Ting. 2.

Sertai kuiz yang mencabar minda anda dan buktikan kehebatan anda!

Ayuh, jangan bertangguh! 

Kuiz 10 hari 10 cerita



Promosi Bahan Bacaan Digital

 


11 November, 2020

Microsoft Gloval Learning Connection (MGLC)

 

Tarikh: 10-11/11/2020

Masa: 1-2 petang

Tempat: Microsoft Teams




Barisan peserta yang menjayakan program hari ini:


MUHAMMAD 'IRFAN DANIAL BIN MOHD NORAZMI 5pvma (emcee)

NURUL FATIN BINTI MOHD ZAFRI  5pvma (presenter 1)

DANIYA NUR AMISYA BINTI MOHAMAD SYAZWAN 4pvma (presenter 2)

MUHAMMAD ADIB ZAQWAN BIN MD JASNI 4pvma (presenter 3)

PUTERI NURELIEYSA HAQEREEN BINTI EDDY ARFIAN 4pvma (presenter 4)

PN NORZAHARAH BT AB HAMID (local teacher)

Mrs SANDHYA MISHYA (Sunbeam English School, India) and her students.


VIP

En MAHADZIR B ABDUL RAHMAN (JPNS)

Pn Hjh ZAWAKHIR BT MOHAMED SHAHAROUN (SMK PANCHOR)


Dapatkan rakaman penuh di 

Tonton video



09 November, 2020

Jangan Menyerah

 Program 10 hari 10 cerita. (cerita 10)



08 November, 2020

Makluman Penting Sesi Persekolahan

 1. Semua sekolah termasuk Kelantan, Perlis dan Pahang ditutup sehingga 17 Disember 2020


2. Pengajaran dan Pembelajaran secara online masih diteruskan. Guru perlu kekal berada di stesen masing².


3. Murid² yg tinggal di asrama perlu dijemput pulang oleh ibu bapa.


4. Penggal persekolahan akan bermula 20 Januari 2021 secara bersemuka bagi semua murid termasuk Kolej Vokasional.


5. Untuk murid tingkatan 2 dan 3 akan mulakan sesi persekolah pada 20 Januari 2020 secara online. Akan mula kelas secara bersemuka pada 8 Mac 2021.


6. Tarikh peperiksaan ditunda iaitu SPM, SVM dan STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. STPM akan bermula pada 8 Mac 2021.


7. Kesemua ketetapan ini terpakai utk semua institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM. Utk sekolah swasta lain disaran ikut tarikh ini.


8. Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Murid ke Sekolah Khusus (PKSK) bagi tingkatan 1 dan 4 ditangguhkan ke tarikh yg akan dimaklumkan kelak.


9. Bagi pelaksaan Percubaan SPM, Kerja Kursus dan pentaksiran yg dijadualkan pada Disember, akan dijadualkan semula dan akan dimaklumkan kemudian.


10. Penjadualan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan kemasukan ke IPT bagi tahun 2021 yg dikendalikan melalui UPU online oleh Kementerian Pemgajian Tinggi.


11. Bagi pelajar matrikulasi dan IPG, mereka akan meneruskan pembelajaran secara online sepenuhnya sehingga 31 Disember 2020. Pelajar matrikulasi akan masuk pada 4 Januari 2021.


12. Peperiksaan MUET utk pelajar matrikulasi yg dijadualkan pada 8 - 19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021.

Kasih Tanpa Sempadan

Program 10 hari 10 cerita ( cerita 9)


 

07 November, 2020

How To Treat An Ear

            Program 10 hari 10 cerita ( cerita 8)


03 November, 2020

Kerana Secebis Budi

 Program 10 hari 10 cerita (cerita 4)




02 November, 2020

Sediakan Payung Sebelum Hujan

 Program 10 hari 10 Cerita (Cerita 3)



01 November, 2020

Tahukah Anda...?

Program 10 hari 10 cerita ( Cerita 2)