Burung belatuk sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi musim sejuk. Langkah pertama, burung belatuk perlu mencari pohon yang mati dan akan membuat lubang pada batang pokok. Lubang ini akan diisi dengan biji oak.Setiap lubang amat unik kerana perlu sesuai dengan saiz biji oak. Tidak boleh terlalu besar kerana akan mudah dicuri oleh burung lain dan haiwan lain seperti tupai dan tidak boleh pula lubang terlalu kecil kerana menyusahkan biji oak untuk disimpan bahkan biji oak boleh pecah.
Dengan cara inilah burung belatuk dapat terus hidup walaupun musim sejuk kerana mempunyai makanan yang mencukupi.
Kredit Gambar : Rahmat Ikhsan
Info : Negeri Sembilan Kini
Kalaulah binatang yang tidak berakal inipun gigih berusaha untuk kelangsungan hidupnya, takkanlah manusia yang Allah kurniakan akal yang hebat ini mahu berpeluk tubuh sahaja.
No comments:
Post a Comment