SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

08 January, 2022

Hargai Pengorbanan Bapa




     Kenal Ronaldinho? Dia ialah pemain bola sepak hebat dari Brazil. Aksi lincahnya memang bikin peminat dan lawan terhibur. Pada tahun 2005 dia memenangi anugerah Ballon d'Or. Anugerah prestij untuk seorang pemain bola sepak.

     Semasa dia diundang untuk memberikan sepatah dua kata, kelopak matanya berair. Kata Ronaldinho, "Semasa saya kecil, ayah saya kata, kalau nak main bola kena kaki ayam. Kamu akan cepat belajar. Skill kamu akan bagus. Kaki akan lebih sensitif dengn bola."

   Kata Ronaldinho lagi, “saya berjanji dengan ayah, saya akan jadi pemain terbaik.”

   Tapi kata Ronaldinho, "perkara yang sebenarnya berlaku ialah ayah tak ada duit nak beli kasut.”

   Saat itu air matanya mengalir laju. Dia menangis bukan kerana gembira. Dia menangis sebab ayahnya tiada di situ untuk melihat pencapaiannya.

   Katanya lagi sambil memandang ke atas, “kalau ayah tak suruh saya bermain tanpa kasut, mungkin saya bukan pemain bola sepak terbaik hari ini”. Mereka yang melihatnya ketika itu juga menitiskan air mata.

Pembaca sekalian,

Kadang-kadang ayah dan ibu terpaksa menyembunyikan sesuatu daripada kita. Apabila mereka tidak mampu, mereka akan mengada-adakan cerita untuk menutup kesusahan dan beban yang ditanggung oleh mereka. Bukan sebab mereka sengaja hendak menipu, tetapi kerana mereka mahu kita meneruskan usaha.

Hargailah mereka. Onak duri kehidupan mereka tidak sama dengan kita. Mereka sanggup  melakukan apa-apa saja yang sesuai pada waktu itu demi keluarga.


Sumber: Dr Rizal bin Abu Bakar


Jika anda mempunyai impian dan sukar untuk mencapainya, jangan pernah berhenti. Capailah impian anda walau sesukar mana pun ia.



No comments:

Post a Comment