30 January, 2022
29 January, 2022
Tahun Lompat
APA ITU TAHUN LOMPAT ■■■■■■■■■■■■■■ .
Fakta tahun Lompat :
Tahun lompat atau leap year ialah tahun yang pada bulan Februari ada 29 hari. Kebiasaannya, 28 hari sahaja dan berlaku setiap 4 tahun sekali. Makanya, bilangan hari pada tahun lompat ini adalah sebanyak 366 hari berbanding 365 hari pada tahun biasa
Antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat akan berkongsi hari yang sama bagi setiap tarikh yang berulang hanya sekali selama 28 tahun. Tahun yang terdekat,iaitu bulan Februari mengandungi lima kali hari Jumaat adalah pada tahun 1980 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada tahun 2036.
Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti yang kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah anda bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 februari. Kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.
Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 Februari pada tahun lompat, selalunya dia akan menyambut hari kelahirannya pada 28 Februari ataupun pada 1 Mac pada tahun biasa. Ini keistimewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 Februari.
28 January, 2022
Sesi Libat Urus Pengetua Bersama Waris Calon SPM
27 January, 2022
Program Jamuan Ramah Mesra
Alhamdulillah.. Program Jamuan Ramah Mesra Tuan Pengetua Bersama Murid SPM Skor Cemerlang telah selesai dijalankan.
Terima kasih diucapkan kepadaTuan Pengetua yang telah menaja jamuan serta Pn Herlina KB Bahasa yang turut menyumbang manisan dalam jamuan tersebut.
Terima kasih juga diucapkan kepada Pengurusan Sekolah, Guru tingkatan 5, Guru Mata Pelajaran ting. 5, Pasukan Panitia PVMA yang diketuai oleh Pn. Norzaharah serta anak-anak murid PVMA yang telah menjayakan majlis pada hari ini.
26 January, 2022
22 January, 2022
21 January, 2022
Bantal Busuk
Siapakah daripada kalangan pembaca yang ada bantal busuk?
Bagi sesetengah orang, sehingga meningkat dewasa pun mereka tidak dapat berpisah dengan bantal busuk. Ada antara mereka ini, bantal busuknya tidak dicuci dari zaman kanak-kanak, hinggalah dewasa. Alasannya ialah kalau dicuci bau original yang 'wangi' itu akan hilang dan mereka menjadi tidak lena tidur.
Untuk pemilik bantal busuk, sila baca info berikut...
19 January, 2022
Februari
Februari 2022 nanti tidak akan datang dalam hidup anda lagi kerana Februari tahun ini memiliki
4 Hari Ahad
4 Hari Isnin
4 Hari Selasa
4 Hari Rabu
4 Hari Kamis
4 hair Jumaat
4 hari Sabtu.
Hal ini terjadi sekali setiap 823 tahun.
Situasi ini disebut MiracleIn.
Sumber: Hasnan Hasni
17 January, 2022
16 January, 2022
13 January, 2022
10 January, 2022
08 January, 2022
Hargai Pengorbanan Bapa
Kenal Ronaldinho? Dia ialah pemain bola sepak hebat dari Brazil. Aksi lincahnya memang bikin peminat dan lawan terhibur. Pada tahun 2005 dia memenangi anugerah Ballon d'Or. Anugerah prestij untuk seorang pemain bola sepak.
Semasa dia diundang untuk memberikan sepatah dua kata, kelopak matanya berair. Kata Ronaldinho, "Semasa saya kecil, ayah saya kata, kalau nak main bola kena kaki ayam. Kamu akan cepat belajar. Skill kamu akan bagus. Kaki akan lebih sensitif dengn bola."
Kata Ronaldinho lagi, “saya berjanji dengan ayah, saya akan jadi pemain terbaik.”
Tapi kata Ronaldinho, "perkara yang sebenarnya berlaku ialah ayah tak ada duit nak beli kasut.”
Saat itu air matanya mengalir laju. Dia menangis bukan kerana gembira. Dia menangis sebab ayahnya tiada di situ untuk melihat pencapaiannya.
Katanya lagi sambil memandang ke atas, “kalau ayah tak suruh saya bermain tanpa kasut, mungkin saya bukan pemain bola sepak terbaik hari ini”. Mereka yang melihatnya ketika itu juga menitiskan air mata.
Pembaca sekalian,
Kadang-kadang ayah dan ibu terpaksa menyembunyikan sesuatu daripada kita. Apabila mereka tidak mampu, mereka akan mengada-adakan cerita untuk menutup kesusahan dan beban yang ditanggung oleh mereka. Bukan sebab mereka sengaja hendak menipu, tetapi kerana mereka mahu kita meneruskan usaha.
Hargailah mereka. Onak duri kehidupan mereka tidak sama dengan kita. Mereka sanggup melakukan apa-apa saja yang sesuai pada waktu itu demi keluarga.
Sumber: Dr Rizal bin Abu Bakar
Jika anda mempunyai impian dan sukar untuk mencapainya, jangan pernah berhenti. Capailah impian anda walau sesukar mana pun ia.
TEROWONG GENTING SEMPAH.
Pada 07.01.1978, Terowong Genting Sempah di Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur telah dibuka secara rasminya.
Terowong Genting Sempah ini merupakan terowong jalan raya yang pertama dibina di Malaysia.
Terowong ini adalah sepanjang 900 meter dan dibina bertujuan menghubungkan negeri Pahang dengan Selangor @ Kuala Lumpur. Tempoh pembinaan Terowong ini mengambil masa selama 2 tahun.
Sejurus selepas siap dibina, terowong ini dibuka secara rasminya pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh bekas Menteri Kerja Raya dan Komunikasi pada ketika itu iaitu Dato Abdul Ghani Gilong.
Terowong ini juga pernah dinobatkan sebagai terowong jalan raya yang paling panjang di Malaysia sebelum kedudukan tersebut dirampas oleh terowong SMART yang sepanjang 4 kilometer.
Pada awalnya, terowong ini dibina sebagai terowong tunggal dengan dua lorong sahaja. Pada tahun 1995, terowong tersebut telah dinaik taraf dari terowong tunggal dengan dua lorong kepada terowong berkembar dengan empat lorong.
Proses naik taraf terowong ini akhirnya siap dibina pada tahun 1997 dan telah memudahkan rakyat yang melalui jalan tersebut.
Sumber:AdieyraAlmyErdieyanaEllyArdieyana.
07 January, 2022
Persiapan Untuk Pembukaan Sekolah
Kerja-kerja pensanitasian bilik darjah.
Terima kasih diucapkan kepada Aswad, bekas murid SMK Panchor.