SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

15 November, 2023

KISAH PARA NABI - BAHAGIAN 2

 NABI NUH 


   Nama penuh Nabi Nuh ialah Nuh bin Lamik bin Matusylakh bin Idris bin Yarad bin Mahlayil bin Qainan bin Anusi bin Syits bin Adam. Nabi Nuh lahir sekitar 1000 tahun setelah wafatnya Adam dan hidup hingga hampir mencapai 1 milenium ( 1,050 tahun). Umur Nabi Nuh diketahui daripada Surah Al-'Ankabut ayat 14.

   Nabi Nuh dipercayai dilahirkan di Baina Nahrain (Kufah di Iraq) dan menetap di  Baina Nahrain (Kufah, Iraq).
Ada beberapa pendapat mengatakan Nabi Nuh wafat sama ada di  Najaf, Kufah ( Iraq) , Ba'labak, Nukhjavan atau Mekah.

   Nabi Nuh diutuskan kepada Bani Rasib untuk membawa mereka semula kepada ketauhidan dan telah berdakwah selama 950 tahun. Pengikut Nabi Nuh hanyalah antara 11-70 orang.

   Allah menurunkan banjir besar kepada kaum Nabi Nuh yang kufar dan Allah perintahkan Nabi Nuh membina bahtera besar. Kisah banjir besar ini diabadikan dalam beberapa ayat dalam surah Nuh dan surah Hud. Nabi Nuh ialah manusia pertama yang membuat kapal.

   Selepas banjir besar, dikatakan baginda menetap di Gunung Judi, Turkiye, tempat bahteranya berlabuh seperti dalam Firman Allah dalam surah Hud ayat 44:

“Wahai bumi! Telanlah airmu dan wahai langit (hujan!) berhentilah." Dan air pun disurutkan, dan perintah pun diselesaikan dan kapal itu pun berlabuh di atas gunung Judi dan dikatakan, "binasalah orang-orang zalim."

Anak-anak Nabi Nuh yg terselamat daripada banjir besar ialah Sam (Shem), Ham dan Yafitz (Japheth) . Anak sulung Nabi Nuh yg bernama Kan’an lemas kerana ingkar kepada perintah Nabi Nuh supaya memasuki bahtera. Isteri Nabi Nuh yg derhaka bernama Walighah juga turut tenggelam.

Daripada Sam, lahirlah keturunan Bani Israel, Arab, Persia dan Romawi. Daripada Ham, lahirlah bangsa kulit hitam, Kan’an, Mesir dan India. Daripada Yafitz, lahirlah kaum Gog & Magog, Turk, Khazars, China, Mongol, Mayan, Slavik & Balkan.

   Ada dua pendapat mengenai tempat Bahtera Nabi Nuh mendarat.
1. Gunung Judi, Turkiye
Rujukan: AlQuran Surah Hud ayat 44 ( 11:44)
2. Gunung Ararat, Turkiye
https://www.arksearch.com/ararat-or-judi

Sumber:Falah Hashim


No comments:

Post a Comment