SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

13 November, 2023

KISAH PARA NABI - BAHAGIAN 1

NABI ADAM


    Ada yang meriwayatkan Nabi Adam diturunkan di India dan Siti Hawa ( Eve) di Jeddah dan terpisah selama 200 tahun sebelum dipertemukan semula.

   Dipercayai di padang Arafah, iaitu di Bukit Jabal Al Rahmah Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu semula. Mereka menyesali dosa yang telah dilakukan  oleh mereka.  Doa dan taubat Nabi Adam telah diabadikan dalam Surah Al-A'raf ayat 23.

   Ada dua pendapat bagaimana Jeddah mendapat nama.
1.  membawa maksud “ tepi pantai”.
2. dari perkataan arab “ jaddah,” iaitu nenek. Ini adalah merujuk kepada Hawa sebagai nenek kepada seluruh manusia.

   Antara anak-anak Nabi Adam ialah Qabil ( Cane), Habil (Abel) dan Sheath atau Syits ( Seth). Peristiwa pembunuhan Habil ialah pembunuhan pertama dalam sejarah manusia. Selepas kematian Habil yang beriman, Allah gantikan dengan Sheath/Syits/ Syith/Seth

   Setelah Qabil membunuh Habil, Qabil telah melarikan diri ke Tanah Nod. Keturunan Qabil dikatakan banyak melakukan kemungkaran dan telah dihapuskan Allah dalam peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh.

   Nabi Adam dan anak anaknya ialah  manusia pertama yang melakukan aktiviti pertanian dan penternakan.

Sumber:
Tafsir Ibn Kathir
Artikel Abdul Razak Ramli
Artikel dari The Patriots
Wikipedia
Buku Sejarah Para Nabi
Falah Hashim

No comments:

Post a Comment