SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

07 August, 2022

Tarikh Kemerdekaan

 Tarikh Kemerdekaan Ilham Ilmuwan Falak

💠Tahukah anda bahawa tarikh kemerdekaan negara kita telah dipilih oleh Mufti Negeri Pulau Pinang ketika itu iaitu Syeikh Abdullah Fahim?

💠Nama sebenarnya ialah Sheikh Abdullah bin Ibrahim bin Tahir diberi gelaran 'fahim' bermaksud seorang yang luas ilmunya.

💠Beliau juga merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Kelima iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

💠Sebelum berangkat ke London, Tunku Abdul Rahman telah meminta nasihat dari Syeikh Abdullah Fahim bagi menentukan tarikh yang ideal. 

💠Tunku berpendapat bahawa beliau perlu bertemu dengan Syeikh Abdullah memandangkan beliau adalah tokoh dalam bidang ilmu falak.

💠Menurut Syeikh Abdullah Fahim, tarikh 31 Ogos 1957 ini adalah tarikh yang baik untuk mengisytiharkan kemerdekaan bersamaan hari Sabtu 5 Safar 1377H.

💠Dalam bahasa Arab disebut 'Am khir atana' yang bermaksud 'tahun baik datang kepada kita'.

💠Jika tarikh tersebut tidak dipersetujui, beliau meminta tarikh 31 Ogos 1962 pula dipilih sebagai ganti. 

💠Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pemberontakan atau rampasan kuasa jika tarikh 31 Ogos 1957 itu tidak dipersetujui oleh British.

💠Terdapat beberapa perkara menarik dengan pemilihan tarikh tersebut. 

💠Antaranya dikatakan kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara pada tahun 1957.

💠Juga dikatakan planet-planet terpenting berada di semesta berada dalam kedudukan sejajar dengan bumi.

Sumber : Arkib Negara

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 

Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 m/s : 218

Kredit: Mohamad Azray

No comments:

Post a Comment