SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

07 August, 2022

Nama Malaysia

NAMA MALAYSIA WUJUD SEBELUM MALAYSIA

❤️Nama Malaysia sebenarnya istilah geografi yang dicipta oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d'Urville (1790-1842). Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826. Beliau telah memperkenalkan empat istilah iaitu ‘Polynesia’, ‘Malaisie’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau. 

❤️1832 :  Beliau telah mengemukakan istilah tersebut dalam rencana berjudul “Sur les iles du Grand Ocean (On the Islands of Great Ocean) diterbitkan dalam Société de Géographie. 

❤️1895 : Nama Malaisie diinggeriskan menjadi Malaysia oleh seorang ahli geografi Amerika iaitu Thomas G.Bradford

❤️1889 : Terdapat akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu.

❤️1896 : Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali. Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul 'The Pirates of Malaysia'.

❤️1914 : Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.

❤️1919 : Buku oleh John Russell Denyes bertajuk “Malaysia”  merujuk Malaysia ialah Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi, Celebes, Timor,Maluku, New Guinea dan ribuan kepulauan kecil. 

❤️1929 : TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”.

❤️1937 : Buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".

❤️1945 : Buku “The Peoples of Malaysia”tulisan Fay-Cooper Cole diterbitkan dengan Malaysia Ketika itu merujuk kepada Kepulauan Melayu yang merangkumi Tanah Melayu, Hindia Timur, Borneo dan Filipina.

❤️1963 : Filipina juga pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan pada tahun 1963.

Kredit: Mohamad Azray

No comments:

Post a Comment