SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

07 August, 2022

Proses Kemerdekaan

 446 TAHUN DIJAJAH INILAH PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

❤️26 Mei 1950 : Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Bendera Persekutuan mula dikibarkan dengan rasminya di Istana Sultan Selangor

❤️27 Julai 1955 : Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan

Pilihan Raya Umum Pertama diadakan untuk merintis jalan ke arah kemerdekaan. Raja-raja Melayu bersetuju mengadakan pilihan raya bagi memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). 

❤️04 Ogos 1955 : Pembentukan Kabinet Pertama

Berikutan kemenangan besar dalam Pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah membentuk Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman membentuk 10 kabinet pertama dianggotai oleh enam wakil Melayu, tiga wakil Cina dan seorang wakil India.

❤️28 Disember 1955 : Rundingan Baling

Rundingan Baling diadakan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman bersama Parti Komunis Malaya (PKM) yang diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin bagi menyelesaikan isu pemberontakan komunis.

❤️18 Januari-6 Februari 1956 : Rundingan London

Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu antara wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dengan British di Lancester House, London. Segala perbincangan dihasilkan dalam laporan setebal 20 halaman.

❤️8 Februari 1956 : Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu berjaya mendapatkan persetujuan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu.

❤️20 Februari 1956 : Pengumuman Tarikh Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman dan rombongan merdeka selamat tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka dan diarak hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka. Lebih 100 000 orang dating dan berkumpul untuk mendengar pengumuman tarikh kemerdekaan.

❤️08 Mac 1956 : Pembentukan Suruhanjaya Reid

Berkaitan persetujuan di London, British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid untuk membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.

❤️30 Mei 1957 : Jata Negara

Penggunaan Jata Negara diperkenankan oleh Raja-raja Melayu

❤️03 Ogos 1957 : Pengumuman Aturcara Sambutan Kemerdekaan

Dato’ Abdul Razak Hussein memaklumkan rakyat menerusi radio Malaya tentang atur cara sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.

❤️05 Ogos 1957 : Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Dalam usaha membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, satu perjanjian telah ditandatangani yang dinamakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGilivray di King’s House, Kuala Lumpur.

❤️21 Ogos 1957 : Stadium Merdeka

Stadium Merdeka siap dibina dalam tempoh enam bulan untuk meraikan kemerdekaan. 

❤️30 Ogos 1957 : Pengisytiharan Kemerdekaan

Detik 12 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, sekali gus menandakan negara mengecapi kemerdekaan. Laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman.

❤️31 Ogos 1957 : Sambutan Kemerdekaan 

Sambutan kemerdekaan diraikan dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Seramai 20 000 orang membanjiri stadium seawal 6.00 pagi. Kemudiannya, Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong pertama disusuli oleh pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka.

📍Sumber : Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4

Kredit:Mohamad Azray

No comments:

Post a Comment