SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

12 March, 2022

Budi Baik Sentiasa Dikenang

 



Penguin Berenang Ribuan Batu Setiap Tahun Demi Bertemu Dengan Penyelamatnya


Seekor penguin ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan oleh seorang lelaki pada tahun 2011. Lelaki yang dikenali sebagai Joao Pereira de Souza, berusia 70-an itu menemui penguin Magellanic Amerika Selatan berkenaan dalam keadaan diselaputi minyak dan hampir mati di atas batu di pantai berhampiran Rio de Janeiro, Brazil.

Joao Pereira de Souza merupakan bekas penyusun bata dan nelayan separuh masa dan tinggal di sebuah pulau di luar ibu kota ini.

Selepas menemui penguin tersebut, Joao yang kasihan melihatnya pun mengambil keputusan untuk menjaga dan merawat penguin berkenaan hingga sembuh. Namun selepas beberapa minggu menjaganya hingga sembuh, Joao pun cuba melepaskannya kembali ke habitat namun penguin berkenaan tidak mahu meninggalkannya.

Akhirnya, penguin itu yang diberi nama Dindim pun tinggal bersamanya selama 11 bulan sebelum kembali semula ke laut.

Namun kemudian, sesuatu yang menakjubkan berlaku apabila penguan tersebut kembali semula menemui Joao di rumahnya dan dikatakan setiap tahun dia akan berenang sejauh beribu-ribu batu demi bertemu dengan penyelamatnya.

Dindim akan tinggal bersamanya sebelum pulang semula ke perairan Argentina dan Chile semasa tiba musim mengawan.

“Tiada seorang pun yang boleh menyentuh Dindim. Dia akan mematuk jika ada orang lain mahu berbuat demikian. Dia akan baring di atas paha saya, membenarkan saya untuk  memandikannya, membenarkan saya memberinya makan sardin dan hanya saya yang boleh mengangkatnya.”

Dindim biasanya akan pulang ke tempat Joao pada setiap bulan Jun setiap tahun sebelum meninggalkannya pada bulan Februari.

No comments:

Post a Comment