SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

18 November, 2020

Tips Membaca Buku

 Perkongsian Mohd Helmi Ahmad 

1. Pilihlah buku mengikut bidang dan genre yang kita suka. Jika tersalah buku, buku tersebut tidak seronok untuk dibaca. 

2. Apakah tujuan membaca buku? Letakkan tujuan kita membaca sama ada untuk mengetahui isi/pemikiran/pengajaran yang hendak disampaikan oleh penulis atau tujuan lain. 

3. Berapakah jumlah buku dibaca dalam tempoh setahun, sebulan, atau seminggu. Letakkan sasaran jumlah buku yang hendak dibaca sebagai panduan

4. Bilakah masa  membaca? . Ada kala waktu pagi, tengah hari, petang atau malam. Namun, waktu yang sesuai untuk membaca adalah pada waktu  tidak penat atau letih. Tak usah membebankan diri dengan meletakkan dua atau tiga jam sehari untuk membaca. Kalau kita dapat membaca 30 minit atau satu jam pun sudah cukup. 

5. Adakah ketebalan buku mempengaruhi suasana membaca? Bagi pembaca yang mula membaca buku, pilihlah buku yang nipis dahulu. Buku yang nipis akan lebih cepat dihabiskan berbanding buku tebal. Hal ini yang demikian dapat membina keyakinan dan keterujaan kita untuk membaca buku lain pula. Jangan lupa buat penandaan dengan penanda buku pada halaman terakhir yang dibaca agar kita tidak lupa. 

6. Tidak dinafikan kita akan teruja untuk membaca buku baharu yang baru dibeli. Akhirnya, buku lama tidak selesai dibaca. Cara mengatasinya, tetapkan selagi buku yang sedang dibaca belum selesai, jangan mulakan buku baharu. Hal ini penting untuk mengelakkan buku yang sedang dibaca, ditinggalkan tanpa sempat disudahkan. 

7. Boleh atau tidak membaca beberapa buah buku dalam waktu yang sama. Kita boleh membaca beberapa buah buku dalam waktu yang sama jika buku yang sedang dibaca kurang menarik dan subjek buku tersebut sedikit berat. Cara untuk menghilangkan kebosanan dan merehatkan minda, baca buku lain. Kemudian,  sambung semula membaca buku sebelum ini. Jika ditinggalkan terus, tidak mustahil buku tersebut tidak akan dibaca lagi. 

8. Kalau nak cepat membaca, selak halaman awal, tengah dan akhir cukuplah. 

9. Letakkan buku di tempat yang mudah dilihat dan dicapai oleh tangan seperti di ruang tamu dan tempat rehat. Apabila ada masa terluang, ambil buku tersebut untuk dibelek dan diselak halamannya dan akhirnya terbaca juga satu atau dua halaman

10. Letakkan telefon pintar jauh sewaktu membaca buku. Tutup capaian Internet agar tidak ada notifikasi WhatsApp atau Facebook yang masuk dan mengganggu tempo pembacaan. Jika telefon berada berhampiran, akan menyebabkan keinginan untuk membelek telefon pintar lebih tinggi berbanding menyelak halaman buku. 

Pembacaan  bergantung kepada kesediaan, kemampuan dan kesesuaian diri masing-masing. Membaca buku juga bukanlah satu sayembara siapa yang paling banyak dan siapa cepat habis, tetapi sejauh mana kita memanfaatkan ilmu yang diperoleh daripada hasil pembacaan itu. 


No comments:

Post a Comment