SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

30 November, 2020

Kertas

 


SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MENCIPTA KERTAS?


      Cai Lun atau T'sai Lun ialah pencipta kertas berbangsa Cina yang hidup pada zaman Dinasti Han (abad ke-1 hingga abad ke-2). Beliau dilahirkan di Guiyang (sekarang di wilayah Hunan), dan nama penuhnya ialah Cai Jingzhong.

     Dia membuat kertas dari kulit kayu pokok. Bahagian dalamnya direndam dalam air dan dipukul-pukul sehingga seratnya terkeluar. Bersama dengan kulit, direndam juga bahan rami, kain bekas, dan jala ikan. Setelah menjadi tesktur seperti bubur, bahan ini ditekan hingga menjadi sangat nipis, kemudian dijemur. Lalu jadilah kertas tetapi kurang mutunya berbanding sekarang.

     Tidak banyak catatan tentang Cai Lun. Dia ialah seorang pegawai negara dalam bahagian pengadilan kemaharajaan. Pada tahun 105 Masihi, dia mempersembahkan contoh kertas pada Maharaja Han Hedi. Kononnya, dikatakan maharaja amat girang atas penemuan Cai Lun, dan Cai Lun pun telah dinaikkan pangkat. Namun beliau telah terlibat dalam komplot antiistana yang membuatnya ditendang keluar dari kerajaan. 


Sumber : Wikipedia

No comments:

Post a Comment