SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

18 November, 2020

5 Cara Memanfaatkan Buku Yang Dibaca

  

Dipetik daripada SYFE Management

1. Biasakan membaca buku sampai habis 

Kebanyakan kita, hanya membaca sebahagian sahaja buku. Apabila mula bosan, buku tidak dibaca secara keseluruhan. Maka, apa yang ingin disampaikan oleh penulis tidak dapat difahami secara menyeluruh. Akibat membaca buku tidak habis, maka banyak berlakunya kesalahfahaman terhadap isi yang ingin disampaikan oleh penulis. 


2. Catat intisari buku yang dibaca ✍️

Catatan sangat membantu untuk meningkatkan daya ingatan terhadap pembacaan dan menambahkan ilmu. Kemudian, anda boleh menulis ulasan terhadap buku yang ada baca itu di media sosial. Ini sekaligus dapat membantu para pembaca lain dan juga meningkatkan personal branding diri anda. 


3. Ulas semula buku 

Tidak semua para ulat buku mahu mengulas buku yang dibaca. Mengulas buku banyak manfaatnya. Pertama ialah, dapat meningkatkan daya ingatan dan kefahaman terhadap buku yang dibaca. Kedua, anda dapat membantu ramai pembaca mengetahui sedikit tentang buku itu sebelum membeli dan membacanya. 


4. Bincangkan buku yang telah dibaca 

Dengan membincangkan tentang sesebuah buku, anda akan dapat banyak ilmu dan pengetahuan tambahan dari pembaca lain. Ini juga dapat melatih diri anda untuk menerima pandangan orang lain dan sekaligus dapat mengasah bakat anda dalam ucapan awam. 


5. Sampaikan ilmu dari pembacaan anda 

Apabila anda menyampaikan ilmu dari pembacaan anda, ilmu yang disampaikan itu tidak berkurang walau sedikit pun. Malah, anda akan semakin faham tentang ilmu tersebut. Dengan menyampaikan ilmu juga akan menjadikan anda sentiasa haus untuk membaca lebih banyak lagi buku. 

Banyak manfaatnya bukan melalui aktiviti membaca ni? Jom kita mulakan membaca buku sekarang! Jadilah bangsa yang gemar membaca kerana Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.

No comments:

Post a Comment