SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

21 November, 2022

Kisah Jutawan Muda



 Jejaka dari Thailand ini asalnya anak orang kaya. Masa remajanya banyak dihabiskan pada permainan video (gamer). Namanya, Aitthipat Kulapongvanich. Beliau bersungguh-sungguh menjadi gamer hingga menjadi antara gamer yang terbaik. Kerana itu beliau banyak memenangi barang berharga setiap kali bertanding. Barangan tersebut dijualnya kepada collectors dari US. Pada umur 16 tahun, Aitthipat sudah meraih pendapatan bulanan ribuan ringgit.

   Namun masa belajar di universiti, ibu bapanya jatuh muflis kerana perniagaan mereka jatuh. Aitthipat mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan menolong keluarganya. Beliau membuat keputusan untuk berniaga. Untuk mengumpul modal, beliau menjual akaun permainan videonya dengan nilai agak tinggi.

Perniagaan pertamanya adalah berniaga makanan dan kopi namun gagal.

   Selepas itu, beliau berniaga CD murah, tetapi juga tidak menjadi. Modalnya makin berkurang. Aitthipat tidak mengalah dan mencari idea baru. Suatu hari beliau ternampak peniaga buah berangan goreng di tepi jalan, idea untuk membuka kios buah berangan goreng dalam kompleks membeli belah datang dalam fikirannya.

   Dalam tempoh setahun setengah berikutnya dan pada usia hanya 18 tahun, Aitthipat sudah ada 25 kios di Tesco dan 5 kios di Careffour.

 Namun langit adakalanya mendung. Semua kiosnya di Tesco terpaksa ditutup apabila CEO baru Tesco mendapati asap dari kiosnya berbau dan mengotorkan siling. Buah berangan tersebut kemudiannya digoreng di luar dan di hantar ke kedai-kedai di dalam Tesco. Tapi kesannya, jualannya jatuh lebih separuh. Jadi sebagai tambahan Aithhipat berniaga rumpai laut goreng dan buah kering.

   Selepas mendapati rumpai laut gorengnya mendapat sambutan hebat, beliau beralih untuk membungkusnya bagi dipasarkan di cawangan 7 Eleven.

Sekali lagi beliau menghadapi cabaran. 7 Eleven meletakkan syarat bungkusannya perlu diubah agar lebih menarik dan mesti ada kilang pengeluaran yang boleh menampung pesanan yang banyak. Jadi, perniagaan buah berangannya dijual.

   Aithhipat mengguna duit tersebut sebagai modal untuk menambah pekerja dan membeli mesin pengeluaran. Hasilnya pada usia baru 19 tahun, 7 Eleven memberi kepercayaan dan pesanan sebanyak 72 ribu pek rumpai laut gorengnya dan dua tahun selepas itu, ia mula dieksport.

   Pada usia 26 tahun, produk Aithhipat sudah dieksport ke 19 buah negara dan jadi seorang billionair di negaranya.


Sumber: Mazlan Mohamad

No comments:

Post a Comment