SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN..............SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR, SEREMBAN

29 July, 2022

Bahana Backlip


 Akibat backflip, remaja ini hilang segalanya. 

Seorang remaja keluar ke pusat rekreasi air terjun bersama rakan-rakan semasa cuti hujung minggu. Remaja ini ingin melakukan aksi backflip sewaktu terjun ke dalam sungai. 

Selepas remaja tersebut terjun, badannya terapung tidak bergerak sambil muka menghadap dalam air. Kawannya sangka remaja tersebut bergurau. Rupanya remaja tersebut pengsan. 

Apabila sedar, remaja tersebut telah berada di hospital. Tangan dan kaki tidak mampu bergerak. Remaja tersebut lumpuh paras leher ke bawah. Beliau mengalami patah tengkuk. 

Selepas operation, remaja ini mula boleh menggerakkan tangannya. Namun ia tidak kuat dan terkulai. Keadaan ini kekal seumur hidup.

Ramai remaja yang melakukan backflip. Terbaru viral remaja-remaja pulang “ke kampung” melakukan aksi lompatan yang menarik. Hati-hati. Kes ini berlaku pada atlit sukan juga. 

Elakkan daripada melakukan backflip. Banyak lagi aktiviti sukan dan riadah yang lebih selamat.

No comments:

Post a Comment