1. Membuat persediaan awal sebelum berucap. Dapatkan isi penting yang hendak disampaikan. Sekurang-kurangnya 3 atau 4 bagi tempoh ucapan yang pendek.
2. Penampilan diri yang baik dan pakaian yang kemas dan bersih. Penampilan diri juga termasuklah wajah yang bersih dan ceria.
3. Ucapan dan tindakan yang sesuai dengan tempat dan keadaan. Kesilapan tutur kata, boleh menjejaskan hubungan antara pendengar dan pengucap.
4. Mengajukan kata hormat dengan panggilan yang betul mengikut protokol.
5. Berucap dengan nada ucapan yang jelas dan kekuatan yang sesuai. Hal ini penting agar kita mampu menarik perhatian pendengar supaya fokus kepada kita.
6. Penyesuaian nada suara berdasarkan ucapan yang disampaikan. Jika di tempat yang perlu ditekankan kita sebut dengan kuat.
7. Pergerakan tangan yang betul tetapi tidak terlalu berlebihan. Ketika bercakap pergerakan tangan kadangkala akan terikut-ikut dengan emosi, jadi kita perlulah mengawalnya.
8. Kedudukan badan yang tegak dan seimbang. Tidak terlalu kaku. 9. Kekalkan hubungan mata (eye contact), pandang ke arah penonton di kiri dan kanan, agar lebih seimbang.
10. Senyuman yang sesuai semasa berinteraksi dengan penonton.
11. Gunakan laras bahasa yang mudah difahami, jika perlu buat latihan menyebut ayat supaya lebih lancar.
12. Membuat kesimpulan sebagai penutup kepada ucapan.
Kredit: Pendidik
No comments:
Post a Comment