Bluetooth mempunyai sejarah yang sangat menarik. Teknologi ini dibina pada September 1998, yakni 23 tahun lalu oleh pihak yang berpusat di Washington.
Pihak ini memilih nama Bluetooth sempena Harald Gormsson, seorang raja yang pernah menguasai Denmark dan Norway hingga tahun 986.
Harald memang terkenal pada zaman dulu. Baginda dikenali dengan nama “blatonn” yang bermaksud “gigi biru”. Sejarawan berpendapat nama timangan ini dipengaruhi faktor gigi Harald, yang rosak teruk sampai menjadi hitam kebiruan. Ada pendapat menyatakan Harald mengecat giginya biru, sebagai tanda budaya Scandinavia (Curry, 2013).
Kerana gigi ini, selamanya baginda digelar Harald Bluetooth.
Teknologi Bluetooth membolehkan pemindahan maklumat dengan pantas (pada zamannya) seolah-olah dua peranti telefon itu adalah satu. Situasi ini menggambarkan perhubungan antara negara semasa zaman Raja Harald.
Bluetooth menggabungkan dua peranti jadi satu. Harald pula menggabungkan dua negara (Denmark dan Norway) jadi satu. Dikatakan, analogi dan kiasan ini sangat bertepatan.
Maka pembikin teknologi bersetuju untuk memberi nama Bluetooth sempena Harald Gormsson. Mereka menggunakan simbol Jelling untuk buat logo Bluetooth. HB (Harald Bluetooth) kalau ikut abjad Jelling adalah (ᚼ) dan (ᛒ). Mereka menggabungkan kedua-duanya dan telah didaftarkan hartamilik terus.
No comments:
Post a Comment