28 December, 2022
24 December, 2022
Menawan Puncak Kinabalu
Tahniah Cikgu Aris. Stamina yang mantap dan semangat yang kuat. Semoga menjadi contoh kepada warga SMK Panchor
21 December, 2022
Amazing World Record
Segalanya memerlukan kegigihan, semangat yang kental dan daya juang yang tinggi
Inspirasi
Anda bagaimana? Cukup hanya menadah tanpa berusaha?
07 December, 2022
KLSEF International Challenge
Projek guru dan murid SMK Panchor
06 December, 2022
01 December, 2022
Eksplores Sempena Hari Aids Sedunia
Alhamdulillah dan tahniah Cikgu Eryanty dan Cikgu Salhalida serta pasukan Doktor Muda SMK Panchor kerana menjadi juara eksplores sempena Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan.
28 November, 2022
Badang SMK Panchor
Muhammad Danish Ikhwan 2D menang pingat Emas dan Gangsa dalam Kejohanan Angkat Berat Jemputan Negeri Kedah.
Syabas dan tahniah!
27 November, 2022
Techlympic
Syabas dan tahniah kepada guru pembimbing dan peserta Techlympic SMK Panchor yang berjaya mendapat tempat ketiga pada tahun ini.
26 November, 2022
KEJOHANAN HOKI 9 SEBELAH U16 PERSATUAN HOKI N.S
25 November, 2022
24 November, 2022
23 November, 2022
21 November, 2022
Kisah Jutawan Muda
Jejaka dari Thailand ini asalnya anak orang kaya. Masa remajanya banyak dihabiskan pada permainan video (gamer). Namanya, Aitthipat Kulapongvanich. Beliau bersungguh-sungguh menjadi gamer hingga menjadi antara gamer yang terbaik. Kerana itu beliau banyak memenangi barang berharga setiap kali bertanding. Barangan tersebut dijualnya kepada collectors dari US. Pada umur 16 tahun, Aitthipat sudah meraih pendapatan bulanan ribuan ringgit.
Namun masa belajar di universiti, ibu bapanya jatuh muflis kerana perniagaan mereka jatuh. Aitthipat mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan menolong keluarganya. Beliau membuat keputusan untuk berniaga. Untuk mengumpul modal, beliau menjual akaun permainan videonya dengan nilai agak tinggi.
Perniagaan pertamanya adalah berniaga makanan dan kopi namun gagal.
Selepas itu, beliau berniaga CD murah, tetapi juga tidak menjadi. Modalnya makin berkurang. Aitthipat tidak mengalah dan mencari idea baru. Suatu hari beliau ternampak peniaga buah berangan goreng di tepi jalan, idea untuk membuka kios buah berangan goreng dalam kompleks membeli belah datang dalam fikirannya.
Dalam tempoh setahun setengah berikutnya dan pada usia hanya 18 tahun, Aitthipat sudah ada 25 kios di Tesco dan 5 kios di Careffour.
Namun langit adakalanya mendung. Semua kiosnya di Tesco terpaksa ditutup apabila CEO baru Tesco mendapati asap dari kiosnya berbau dan mengotorkan siling. Buah berangan tersebut kemudiannya digoreng di luar dan di hantar ke kedai-kedai di dalam Tesco. Tapi kesannya, jualannya jatuh lebih separuh. Jadi sebagai tambahan Aithhipat berniaga rumpai laut goreng dan buah kering.
Selepas mendapati rumpai laut gorengnya mendapat sambutan hebat, beliau beralih untuk membungkusnya bagi dipasarkan di cawangan 7 Eleven.
Sekali lagi beliau menghadapi cabaran. 7 Eleven meletakkan syarat bungkusannya perlu diubah agar lebih menarik dan mesti ada kilang pengeluaran yang boleh menampung pesanan yang banyak. Jadi, perniagaan buah berangannya dijual.
Aithhipat mengguna duit tersebut sebagai modal untuk menambah pekerja dan membeli mesin pengeluaran. Hasilnya pada usia baru 19 tahun, 7 Eleven memberi kepercayaan dan pesanan sebanyak 72 ribu pek rumpai laut gorengnya dan dua tahun selepas itu, ia mula dieksport.
Pada usia 26 tahun, produk Aithhipat sudah dieksport ke 19 buah negara dan jadi seorang billionair di negaranya.
Sumber: Mazlan Mohamad
17 November, 2022
Pertandingan Memasang & Menghias Khemah Ting.3 & Ting.4
Keputusan pertandingan