Bilik kerja di PSS telah pun dikemaskan. Semua fail lama berbelas tahun yang diperam di bilik ini dikeluarkan dan bilik ini sudah bersedia untuk menerima penghuni baharu, insya-Allah. Agak lewat dikemaskan selepas saya memegang jawatan guru media pada tahun 2019 kerana banyak yang perlu diselesaikan di luar bilik ini, antaranya merekodkan 18,000 buah buku setelah menaik taraf sistem operasi PSS ( iaitu PSS Baitul Hikmah akan menggunakan sistem automasi selepas ini), menaik taraf PSS dengan mengecat lantai supaya murid lebih selesa untuk duduk atau berbaring, menyusun atur bahagian dalam PSS agar bercirikan PSS abad 21, menaik taraf bilik tayangan, menyusun semula rak buku, menyediakan ruang permainan, ruang akses kendiri, ruang santai, menceriakan dalam dan luar PSS termasuk tangga dan lain-lain. Semoga PSS Baitul Hikmah terus perkasa dan dapat berbakti kepada seluruh warga sekolah ini. Amin.
No comments:
Post a Comment