Tengah tunggu jawapan ke?
Aha...baiklah, mari baca info berikut.
Penyu menghabiskan masanya di dalam laut dan jarang naik ke darat kecuali untuk bertelur. Oleh itu, sumber air penyu ialah air laut. Jadi, penyu mempunyai banyak kandungan garam di dalam badannya. Jika garam ini tidak dikeluarkan, penyu akan mati.
Reptilia seperti penyu tidak mempunyai sistem pembuangan yang bagus. Maka, salah satu cara untuk mengeluarkan garam yang berlebihan itu adalah melalui air matanya. Ketika penyu berada di atas darat terutama ketika bertelur, kita dapat melihat air matanya menitis. Bukan bermaksud penyu menangis kerana hatinya sedih untuk meninggalkan telurnya di darat jika dia terpaksa kembali ke laut. Malah, sebenarnya, ketika di dalam laut pun, penyu akan mengeluarkan air mata.
Hebatkan, kuasa Tuhan...!
No comments:
Post a Comment