Tak nak belajar?
Jadi tiktoker pun boleh kaya?
Jadi youtuber pun masyuk?
Mari kita kaji kebenarannya...
Hakikatnya, hanya 0.01% Youtubers yang boleh dapat income macam ini. Kalau beroperasi sebagai kompeni, kena ada sekurang-kurangnya 7 video seminggu dan purata views tiga ratus ribu ke atas per video.
Yang sebenarnya purata income Youtubers di bawah paras kemiskinan. Apabila ekonomi merosot, syarikat akan mengurangkan iklan, RPM jatuh, CPM jatuh, jadi pendapatan Youtubers secara tidak langsung akan berkurang. Tahun ini semuanya jatuh mendadak. CEO Youtube, Susan Wojcicki pun pening kepala, sampai letak jawatan.
Nak menghasilkan satu video pun memerlukan 3-4 hari, research resepi, masak dan shooting, voice over dan editing, final editing, render & upload, semua ini nak kena upah/gaji orang, kalau buat sendiri memang tergolek dog. Semua ini kos. Hidup tak ada life, Sabtu & Ahad kalau tak kerja, video tak siap. Bak kata Syahmi Shazli 24 jam memikirkan content, Mr Beast pun tidur di office saja.
Pendapatan sebagai blogger, portal pun jatuh mendadak tahun ini, 2.2 juta page views di https://resepichenom.com. Income cuma dalam RM 2500, jadi nak bayar server dan admin pun tak lepas. Tak pasti macam mana news portal dan blogger lain survive tahun ini, harap-harap ada income lain selain Adsense.
Kalau ada yang bercita-cita nak jadi Youtubers itu, fikir baik-baik. Yang sering diwara-warakan itu hanyalah yang berjaya. Namun hakikatnya, ramai yang tak berjaya. Youtubers masakan pun ramai yang sudah menghilang, peluang nak berjaya itu sangat rendah. Kalau tidak ada kesungguhan dan minat yang sangat mendalam up to level obsession, carilah kerjaya lain yang lebih menjamin masa depan, ada medical, KWSP untuk bekalan hari tua dan ada kemudahan lain seperti cuti tahunan dan cuti sakit.
Kredit: Che Nom